Saying goodbye to Friendster Blog

Hi frens…

I am saying goodbye to my friendster blog..and now am updating my ‘new’ blog at http://emyamir.blogspot.com. Feel free to visit me there!

 

See ya my fwens!!

Bookmark and Share

cerita benar - pengasuh yang takder hati perut

Sedang saya membelek-belek blog ofis mate tadi, terpandang satu link yang ader kat dalam blog die - memori zulaikha.

Saya sangat sedih,sangat rase jijik dan menyampah dengan pengasuh tuh! maaf kalau naka cakap, saya harap aper yang dier buat akan jadik kat darah daging dier sendiri. mungkin anak dier , cucu atau cicit dier! biar die raser apa itu makna kehilangan orang yang paling di sayang - anak !tambahan pulak anak sulung yang baru beberapa bulan di dunia nih!

tak perlu saya citer panjang..jengukla ke link nih,

http://memorizulaikha.blogspot.com/

sedekahkanlah al fatihah kepada arwah zulaikha dan semoga Allah tabahkan hati mama dan daddynyer.

Di setiap sembahyang saya, saya panjatkan doa agar keluargaku dijauhkan dari mala petaka, bencana, kemiskinan, penyakit dan dilindungi dari gangguan syaitan. Ingin saya pesan kepada pengasuh pengasuh di luar sana,

kalau rasa tak mampu nak jaga anak orang especially baby - jangan gatal gatal ringan mulut terima kerje tuh. Mesti ader raser kasihkan bayi/budak budak dan tanggungjawab untuk memegang amanah nih!

kalau raser konon nak carik kerje sambilan sebab takde aper nak buat kat rumah - tolonglah carik kerje lain selain jadik pengasuh! sebab kalu kamu raser nak tolong jiran sebab kasihkan bayi/budak tuh, barulah ceburi bidang pengasuh nih! kalau nak kejar duit semata-mata, ambik upah jaga sampai banyak budak, tuh dah namenyer tak ikhlas bekerja apatah lagi memegang amanah sebagai ‘ibu sementara’!

 

Bookmark and Share

Azam tahun baru-09

Selamat Tahun Baru kepada semua !!!

Azam tahun baru kali nih ader banyak..rasernyela..lagipun umur dah nak masuk 29 dan kalau dalam matematik dibundarkan dah nak 30!..ishhh! (walaupun sebenarnyer pada hari nih, masih lagi 28 tahun 3 bulan dan 10hari).

So, disebabkan umur dah nak 3 dekad, azam rasernye nak kene lebih realistik sket..heheh..

1. Nak jadi isteri yang solehah

Bukannyer selama nih tak solehah, tapi ader sesetengah orang yang tak puas hati prestasi dan pencapaian saya sebagai isteri (not my husband, of course!) selama nih! So, ok! saya akan jadi lebih dan lebih solehah lagi dari semua aspek!

2.  Jadi mama yang lebih berjaya

Sekali lagi, bukannyer tak berjaya selama nih, tapi my daughter - Ca, yang dah nak masuk Q-dees dah tak lama lagi - umur dier baru 2 tahun 4 bulan, tapi disebabkan mulut dier dah pandai sangat bercakap, so dier boleh daftar masuk! so I want my daughter to be the best and advance!heheh….anyway…saya akan pastikan ca tak pressure atau stress..itu sebab saya berazam agar saya jadi lebih berjaya untuk mendidik, membimbing dan menyayangi anak anak. oh!my son, daniel pulak, harap harap saya dapat menjaga kesihatan dier supaya tak batuk dan berkahak sepanjang tahun!

3. Register untuk ambik master

kenaper?main reason, sebab saya nak jadi lecturer..rasernyer lebih relax dan masa lebih flexibel. so, nak kene amik master dulu..sekarang rasernye the best course offered kat upm - sebab ader master in finance / master in accounting..lagi pulak belajar cuma saturday and sunday..insya allah boleh kot…caiyok!caiyok!!

4. Mengurangkan berat badan sehingga 46kg

awal tahun 2008 hari tuh, berat badan ialah 55kg. setelah membuat sedikit renovation ke atas badan sendiri akibat beranak 2 tahun berturur-turut, pada 31.12.2008 nih, berat telah berkurang menjadi 49.5kg…yes!…sekarang sedang berusaha sekurang-kurangnyer turun lagi 3 kg…

5. nak buat bisnes internet

AWal tahun hari tuh, dah start belajar bagaimana nak buat bisnes internet…bisnes aper?itu masih lagi rahsia!..tapi jangan main2..hehe…siap dah contact (email jela) dengan pemborong kat indonesia lagi…tapi, masih lagi carik masa yang sesuai untuk start…

rasernyer tuh je….azam tahun 2008 raser-rasernye dah banyak yang dicapai, dah beli rumah sendri, dah dapat civic, dah tukar kerje untuk income lebih, dah ader maid dan macam macam lagi bende yang dah ader….thanks to nik, sebab kebanyakannyer my husband tuhlah yang merealisasikan impian, azam dan even angan angan!

Happy new year again to all of my friends!May Allah bless us!

Bookmark and Share

London 2008

At last, pada 26.10.2008 hinggalah 2.11.2008 yg lepas, kitorang (nik, ca, daniel, me and my sis-ain) telah terbang terbang ke London menaiki Qartar Airways. Perjalanan dari KL ke London mengambil masa 14 jam, transit di Doha selama 2 jam.Sangat la letihnya di dalam kapal terbang bersama-sama dengan 2 orang budak kecik yang ‘ala-ala ganas’…adoi!!!

Anyway, trip kali nih sangatla seronok! (maklumla tak pernah ke london), so memangla sangatla ‘jakon’ . Kitorang sewa satu apartment untuk satu minggu (2 bilik n dapur) kat The Water Gardens - Burwood Place,Edgwar Road. (thank you Bad for arranging such nice place, walaupun agak mahal, tapi kitorang sangat selesa!). Kat sana, kitorang ader driver berbayar - Mr Khalid Jamil (driver dari Pakistan)yang biler kitorang call je kata nak jalan, dier pun datang dengan Estimanya. Bukan setakat bawak jalan, siap jadik ala ala tourist guide lagik. Thank you Khalid!Dalam pada tuh jugak, masuk je hari ketiga, semua orang dah mula demam n sakit mata. Ca and daniel dah mula cirit birit dan muntah2. kesiannya anak anak aku tuh!. ok. start ngan hari pertama.

Hari pertama-Monday 28/10/2008

Melawat Hyde Park - tempat orang orang selalu buat ceramah. Perasaan sangat tenang sebab Khalid bawak kitorang kat tepi sungai bergambar ngan burung burung dan itik yg jinak.

Melawat St James Square - Dapat tengok Horse Guard Parade , diorang tukar shift pukul 11 pagi! Best! kitorang sampai betul betul masa guard guard tuh tengah berarak masuk nak tukar shift!

Melawat Buckingham Palace - Queen Elizabeth tinggal kat sini. Atas bumbung palace nih, ader bendera. Kalau Bendera Britain yang dinaikkan, queen ader kat dalam istana. Kalau tak, Queen dah pergi jalan jalan kat tempat lain.

Melawat Big Ben - menara jam besar kat london nih. Betul betul berhadapan dengan Westminster Underground Station!

Lunch hari nih dekat Restoran Georgetown - lebih kurang 200m dari London Bridge. Masakan Malaysia!

Dinner di Restoran Melayu (Prince Whales Restaurant)-Owner dier namenye Kak Yan.Makan sedap tapi agak lambat sikit.hehehehe…

Hari Ke dua- 29/10/2008

Melawat Royal Albert Hall - I luv entertainment and music!(tiber tiber raser semangat nak sambung belajar piano)!!!

Melawat Madam Tussauds - terlampau panjang queue di sini. kebetulan orang orang kat sana sedang bercuti sekolah.banyakle tourists yang datang. so, hanya bergambar di luar.next timela masuk pulak! (next time?)

London Bridge - Bergambar di atas London Bridge dan dari sini jugak bergambar berlatar belakangkan Tower Bridge yang popular tuh! Lepas tuh, kitorang dibawak oleh Khalid lalu atas Tower Bridge (yeah!) dan dapatla kitorang tengok Tower of London dari sini. best!

Hard Rock Cafe - Ingat nak makan kat cni, tapi takperla!Just pergi kedai dier dan membeli barang barang souvenior. shirts dan cawan cawan!

Lunch di Malaysian Hall yang agak dekat dengan Notting Hill Gate.

Dinner - Bad pergi beli Nasi Briyani kat Fatoush Express.Sedap giler dari yg ader kat KL nih.

Hari Ke Tiga - 30/10/2008

Greenwich - Melawat Royal Observatory Hall di Greenwich. Yeeha!!!Dapat pijak line GMT 00:00. Perjalanan yang mengambil masa 15 minit dari london, jadik sejam sebab si Khalid dah tersesat sampai ke O2. Khalid!Khalid!Anyway, line GMT terletak dalam Greenwich Park!Dari atas puncak bukit observatory hall nih, kiter boleh nampak Sungai Thames yang cantik!!!

Khalid memandu di depan Trafalgar Square - diorang tengah menyiapkan tempat untuk World Games.

Melawat Harrods-tempat shopping yang terkenal di London. Kitorang membeli souvenior Harrods .beg hijau harrods+beg beg harrods yang lain. Thank you to Nik yang nak sangat belikan emy beg tangan LV kat harrods tuh, tapi agak tak berbaloi sebab kat KL harga lagi murah!(trip to Paris dibatalkan pada saat akhir sebab anak anak dah sakit. ingat nak beli LV kat sana)

Oleh kerana Zara betul betul depan harrods, singgah kejap kat zara beli seluar panjang n baju sejuk budak budak nih. Si Ain tuh pulak pergi borong baju baju Zara kids. Maklumla badan saiz kecik, untung dapat beli baju bersaiz kanak kanak yang sangat cantik!

Lunch hari nih sekali lagi kat Malaysian Hall dan beli siap siap untuk makan malam sekali.

Hari ke Empat - 31/10/2008

Hari nih kemuncak segala penyakit. Nik Demam. Emy demam. Ca cirit birit n muntah muntah. Daniel cirit birit dan tak de selera makan. So, dalam pukul 1 tengah hari barula keluar dan itu pun hanya berjalan-jalan di Oxford Street untuk beli barang barang souvenior kat Crest of London.

Lunch di Melur Restaurant yang terletak kat Edgwar Road (5 minit perjalanan dari apartment kitorang)

Dinner tak makan sebab tak lalu nak bangun. Semua sakit!!!!

 

Hari ke Lima-01/11/2008

Hari ke Lima-01/11/2008

Semangat berkobar-kobar nak keluar sebab dah LEMAS duduk dalam apartment.oksigen!oksigen!

Bicester Village - Tempat di mana semua brand yg branded boleh dapat dengan harga yang murah!tag heuer/timberland/ralph lauren/tods/dan banyak lagi yang dah tak ingat. Perjalanan dari london ke sini mengambil masa lebih kurang sejam melalui highway!kitorang borong boot timberland untuk budak budak nih.

Lunch di Hotel Holiday Villa yang terletak belakang block Malaysian Hall. Orang Malaysia punyer kan!so, order nasik campur ngan lauk lauk ala carte!terlupa kejap ader kat london!

Melawat London Eye - memang takder niat nak naik pun, cuma nak bergambar. kebetulan sampai kat sana hari pun dah gelap, so pemandangan sangat cantik!dari sini pun boleh nampak Big Ben yang di perkayakan dengan lampu neon yang menyerlahkan lagi kecantikan bangunan tuh. Did I mention about the weather yang sangat sejuk!!!

Yang bestnyer, hari nih kitorang takder driver si Khalid tuh, kitorang sendri yang drive. So, dari Holiday Villa nak ke London Eye, sepatutnye paling lama pun 15 min je, dah jadik 1 jam. Tengok tengok kitorang dah terlepas masuk kat Chelsea!Chelsea!Chelsea! (nyanyi la lagu bola tuhkan!)hehehehe….anyway Chelsea memang sebelah London je.Aper aper pun, I have been to Chelsea!yeeee!

Dinner kat Satay House, Paddington (belakang apartment kitorang je)

Hari ke Enam - 02/11/2008

Dah!!Habisdah. pagi pagi lagi pukul 8.30, kitorang dah bergerak ke Heathrow Airport untuk pulang ke KL melalui Doha.!

Itula sedikit sebanyak yg boleh cerite pasal trip kitorang ke London!Terima Kasih to my dear hubby yang berkobar kobar nak bawak the family pergi makan angin kat London!To Ain, thanks sebab nak ikut di samping menjaga bebudak nih, walaupun sebaik saja landing kat KL, Ain terus pergi UPM sebab ader final exam untuk Master. (esoknyer plak ader presentation final thesis).aiyyooooo!Untuk anak-anak mama , walaupun kalian masih lagi kecik dan mungkin takkan ingat sangat trip nih, thanks to your daddy dan semoga besar nanti kalian dapat menjejak kaki ke sini untuk belajar pulak!

ok.adios!!

Bookmark and Share

Berbuka Puasa di Pusat Tarbiyah Islamyah, Hulu Selangor

Pada 25/09/2008 bersamaan dengan 25 Ramadhan, my family berbuka puasa di Pusat Tarbiyah Islamyah. Tempat nih terletak di Kg Melayu Rasa, Batu 34, Hulu Selangor.

Kalau nak sampai ke tempat nih, keluar dari Plaza Tol Rawang, lepas tuh pergi kanan sampai jumper roundabout, ambik pukul 3 dan jalan terus ..agak-agak dah 30 minit perjalanan, akan nampak signboard yang tulis dalam jawi ‘pusat tarbiyah islamyah’, n masuklah ke kanan. actually, kene berhati hati dekat sini, sebab jalan nak masuk ke tempatt nih macam nampak tak nampak jer..kalu tak nampak, memang terlepas.

Macam mana kitorang boleh tau tempat nih?..Kakak bad yang arrange kan untuk berbuka puasa kat sini. Kakak bad kater, dier dah check rumah anak-anak yatim kat area kl nih, tapi kebanyakannyer (mungkin sebab dah terlampau biaser di sponsor itu dan ini) demand lebih sangat. So, tak seronok la pulak rasernyer kan!last last kakak bad dapat contact kat sini, ustaznyer kater, tempat nih tak pernah ader orang derma lagi, so kitorang pun on jer!

Tempat ini adalah tempat orang orang yang nak menginsafkan diri sebab hisap dadah, termengandung, anak anak yang dibuang mak bapak, anak yatim dan kes-kes yang unwanted nihla…

Nik sponsor catering untuk 200 orang, bad dan kakaknyer pulak sponsor duit raya dan hadiah hadiah untuk budak-budak dan cikgu cikgi. (sampai tak cukup cukup dibuatnyer).

tempat tuh memang cantik, siap ader mini zoo lagi. tapi malangnyer kerajaan tidak membuat aper-aper sumbangan kat tempat nih. yang lelaki semuanyer berserban, tak kire kecik atau tua, yang perempuannyer semuanyer bertudung labuh dan berjilbab, dari sekecik kecik my daughter sampai la ke besar besarnyer. Perempuan yang sudah berkahwin saja yang tak pakai jilbab.

‘Pengetua’nyer cakap, kos kat sini 800 ringgit sehari. sebulan dan 24k. hmm… tak taula macam maner diorang survive…tak tanyer lebih lanjut.

seronoknyer biler tengok diorang sangat sangat bersyukur biler dapat makan sedap  n dapat duit raya macam tuh. tapi sayangnyer, kitorang sampai kat tempat tuh dekat nak pukul 7.50pm, so, makanan memang dah habis licin.tapi bukan pasal makanan, ni pasal tak dapat nak tengok budak budak yang yg seronok giler biler dapat makan macam tuh. rasa insaf kejap kat sana (kejap jer?..hehehe)

harap harap tahun depan dapat buat kebajikan macam nih lagi.itupun setahun sekali nak beramal kebajikan….semoga tuhan murahkan rezeki kitorang lagi…

Bookmark and Share

Birthday Surprise!!!

Tha(nk you! thank you to nik for the best birthday I have ever had.

Kenaper? sebab semalam pergi berbuka kat TGI Friday, Sunway Pyramid. Rupe-rupernyer nik dah buat reservation and  nik dah inform manager yang hari nih my birthday.

So, pergi berbuka macam biaser, biler dah habis makan jer, tiber-tiber dengar one of the waitress dier menjerit ‘birthday in the house!’….datang bawak satu slice of cheese cake dengan lilin.ha????…memang la terkejut!

lepas tuh ramai-ramai waiter n waitress datang….mula-mula suruh nyer birthday girl nih berdiri atas kerusi (rule of the house katernye), lepas berdiri, dibaginya botol sos tomato sebagai mikrofon and suruh buat ucapan pendek, birthday girl pun cume cakap, thank you to nik!

itu jer ke speechnyer?pendeknyer!..waitress to kater. ‘have u said i luv you to your husband?..bleh pulak tanyer mcam tuh!..so, lagi sekali kene buat speech ‘ i luv you and thank you nik’!!!…

then diorang pun nyanyi la lagu birthday ramai ramai (jgn lupa, birthday girl masih lagi berdiri atas kerusi), n tiber masa untuk tiup lilin tuh, boleh tak dier letak kek tuh jauh-jauh n suruh tiup lilin tuh sampai padam?..haah???heheheh..sampai 3 kali cobaan untuk tiup lilin, barulah padam…adoi!!!hehehehe…..

so, memang sangatla surprise nyer. to nik, thank you again! i luv u so much! thank you for the birthday gift!!!i luv them!!

Bookmark and Share

Tempat berbuka sepanjang Ramadhan

Rasenye tahun nih, nak senaraikan tempat-tempat  yang kitorang pergi untuk berbuka puasa. Tahun nih kali ke-4 berpuasa dengan nik as hubby and wife. Nik pulak memang jenis yang MESTI makan sahur, kalau tak dier akan bergastrikan. Tak kisah makan aper masa sahur, tapi mesti ader MILO PANAS. TIme bukak puasa pulak, nik suka sangat-sangat ambil makan banyak2 tapi tak pernahnye nak habis. eeiii…geram betul! tapi bukannyer dier rambang mata ke, nak membazir ke…definitely NOT! itu memang tabiat dier sejak dulu…(ish!aper citer pasal nik plak nih)…Ok!ok!tempat berbuka puasa (yang akan di update from time to time…) sepanjang ramadhan nih :

Hari 1 : Rumah Mak Mertua, Ampang - Nasi Minyak + Air Tebu

Hari 2 : Ole-Ole Bali, Sunway Pyramid - Nasi Resipi dierla(tak ingat nama pelik tuh) + Air Barli Limau

Hari 3 : Atrium Restaurant, Sunway Hotel & Towers - Buffet yang terlampau banyak makanan

Hari 4 : Pasar Ramadhan Depan Rumah (PARAM) - Nasi campur + Air Laici Kang

Hari 5 : PARAM - Nasi Tomato + Air Tebu

Hari 6 : PARAM - Nasi Ayam + Air Laici Kang

Hari 7 : Restoran Puti Bongsu, Jln Yap Kwan seng - Nasi Padang yang dijamu bertingkat-tingkat

Hari 8 : The Coast, Alamanda - Buffet yang sedap gakla

Hari 9 : PARAM - Nasi Campur berlaukkan udang masak lemak, ayam masak merah,ikan cencaru bakar + Laici Kang

Hari 10 : PARAM - Nasi Lemak dan lauk beli asing-asing eg: ayam goreng rempah, sambal udang, sambal ikan bilis,kebab, + Air Cendol

Hari 11 : Sheraton Hotel & Towers,Subang - Buffet yang sedap (tapi tak sebanyak atrium) yang makan macam nak meletup perut (oopps! ). Actually makan kat sini sebab dapat seminar voucher untuk sorang.

Hari 12 : PARAM - Nasi putih dan lauk macam ikan cencaru bakar, lala masak merah, gulai kawah, ayam goreng berempah, sotong kering masak merah + air tebu

Hari 13 : Sunway Hotel Resorts and Spa - buffet lagi sebab bawak my lovely aunty pergi makan makan! sangat siok!sangat banyak makanan. last year theme dier ‘3 makcik’, tapi this year, dier kater dah banyak sangat makcik, theme dier ‘ chefs’ mum’.

Hari 14 : Restorang Kampung Thai, Ampang (berhadapan dengan Hospital Ampang Specialist) - Nasi putih n lauk sotong pedas, udang butter, udang petai, ikan kerapu stim, sotong bakar, ikan bakar, tomyam, asparagus + lemon honey.

hmmm….dah masuk 2 minggu posa, emy nih tak masak2! penat beb!lagi pulak kalau masak tuh, tak pernahnyer kurang dari 2 jam, so, nik agak risau takut lambat berbuka, weekend pulak, sebok kemas rumah untuk raya!so, memang tak der masa nak masak!

Hari 15 : MEMASAK!!!!yes! at last!sebab hari nih amik half day untuk memasak!(boleh tak?). so, menu nyer ialah nasi putih (je?), ayam masak merah (favourite nik, kene tambah kiub nenas n lebihkan rasa tomato), lala rebus, udang galah goreng, ikan selar kuning yang kecik kecik goreng (nik sekali makan sampai 5 ekor) + air mata kucing (yg ni pegi buat kat PARAM)

Hari 16 : The Coast , Alamanda (lagi sekali!)..tapi kali nih pegi berbuka ngan cikgu cikgu taska batrisyia and daniel. sajer belanja diorang. melabur supaya diorang jaga budak budak itu dengan baik.hehehe

Hari 17 : Chilis, Mid Valley… hari nih hari cuti untuk Selangor. Nik yg keje kat KL, tak dapet la bercuti. so, kitorang la pegi kat mid valley untuk berjalan jalan sampai dah penat penat n tunggu nik kat chilis.

Hari 18 : PARAM , Nasi putih dan berlaukkan, asam pedas ikan pari, daging goreng, sotong sambal + air cendol

Hari 19 : Restoran Persona, Bandar Kinrara - Nasi putih, Ikan kerapu goreng tiga rasa, sambal udang, daging masak merah, sup tulang, telor goreng, + sirap limau

Hari 20 : Hotel Crystal Crown - jemputan ke masjlis perkahwinan Jayaprakash dan Indrani. Indrani is Nik’s colleague. menunyer Nasi beriyani and lauknyer dal, ayam black pepper, daging kambing kari, terung goreng sambal, arca + air Siren

Hari 21 : Today is my birthday!!!nik buat surprise kat TGI Friday Sunway, n sangatla surprisenyer!

Hari 22 : MEMASAK - plan nak masak, ayam masak kari, ikan bawal goreng masak sambal, lala rebus, kangkung belacan + sirap soda

Hari 23 : KFC, AEON Equine Park, Seri Kembangan - hehehehe…..makan kfc?hehehehe…dah dekat nak sebulan tak makan kfc!

Hari 24 : MEMASAK - (lagi?hehehe), bihun sup kedah, nasi goreng belacan, sotong kembang masak merah, udang besar goreng + sirap selasih

Hari 25 : Pusat Attarbiyyah, Kuala Kubu Bahru - please read my next post on this and share my experience with ‘the unwanted’…..

Hari 26 : Restoran Puti Bongsu , Jalan Yap Kwan Seng - (rasernyer dah 3 kali makan kat cni bulan posa nih) sedap!kalau nak pergi, i rekemenkan, jangan tak makan sambal hijo, ayam hmm (alamak !dah banyak kali makan pun, tak tau nama) ayam yang macam rebus singgah ngan sos merah !

Hari 27 : Rumah Mak, Rapat Setia Ipoh - For the first time dalam bulan posa nih, berbuka posa di Ipoh - Nasi putih, udang galah kari, kari ayam, Mee goreng basah , ayam goreng, ikan sungai goreng + air teb

Hari 28 : Hotel Casuarina, Ipoh - buffet ngan family Ipoh. tak macam kat kl. harga buffet kat hotel hotel kat ipoh nih boleh consider murah.

Bookmark and Share

WRR 205

Finally!! after waiting for over 2 months, we are getting our new car. It’s Black Honda Civic 2.0 with Mugen.

I admired the car since end of 2006, but only in last June I decided to trade in the Gen 2 with this one. I prefer the grey actually, however, after 1 month of booking, the sales girl informed that there are only black coming from Melaka. So, if we want the car now, we have to take black or else wait till dont know when…..

I requested to my hubby to wait till WSA as the initial stands for my name Shahidatul Amirah. However, again we have to wait for probably till October for the no. , so we decided to book WRR 25. WRR 25 need to be tendered for at least 4k. then we go for WRR 250..sigh!! it was sold!Then we go for WRR 205 and placed a booking. 205 is hubby’s birth date - 2nd of May. Our previous Gen 2 was WNH 250.

Thank to you my dear hubby, Nik for ’stepping back’ and give me way to buy my dream car first. (Then, ayang beli ayang punyer plak ye!!) Even though the car is all over on the road, but it is still very meaningful to me. Thank you to nik again.

ok. adiosss…….

ps: my next car will be ………… (in 8 years time)… :)

Bookmark and Share

kisah seorang kanak kanak tadika

Inaz(Adik) dah pun bukak tadika sendiri (francais ngan KRISTA) awal tahun nih. semalam dia bercerita pasal sorang anak murid die yg baru je berumur 5 tahun.

Inaz: nak tau tak citer pasal Alyssa, budak yang paling pandai kat sini?

Emy: ha, kenaper.

Inaz: Alyssa nih sepupu si Elis (elis pun tadika yang sama jugak dan sebaya).Masa umur diorang 4 tahun, elis dah dihantar oleh mak dier pergi tadika. tapi Alyssa tak pergi lagi. So, bile Alyssa dapat tahu yang sepupu dier nih dah masuk tadika, die rasa sangat risau!sebab takut Elis lebih pandai dr die.

Emy: ha? budak umur 4 tahun dah ader raser macam tuh ke?

Inaz: iye! Alyssa nih sampai mintak mak dier ajar die membaca. die nak jugak!so, mak dier ajarla baca ABC dan mengeje beberapa suku kata tuh. 3 hari lepas tuh, Alyssa dah boleh mengeja. memang dier belajar  bersunggu-sungguh giler. nak tau macam maner dier belajar english?

Emy: macam maner plak?

Inaz: Dier tengok je play house disney. n die akan ulang aper je orang tuh cakap.sampai dier terer.

Emy: o my god!budak nih!ish!baru 4 tahun tuh!tak ke macam pressure je budak nih.

Inaz: tuh la pasal. budak nih, kalau inaz ajar dier bende yang dier memang tak tau, dier akan menangis. sebab dier ingat macam dier orang yg paling bodoh kat dunia nih.

Emy: terlopong!!!

however, i dah pergi tengok si Alyssa nih. she is very cute.putih macam orang jepun dengan mata dier yang sepet.dan tengok sepupu dier si elis tuh, pun macam tuh, sepet n putih macam jepun n si elis nih sangat simple.kalau dier tak tau, dier just angkat bahu, angkat tangan cakap ‘tak tahu!’.very adorable. hopefully, alyssa akan menten pandai sampai biler2, tapi jangan pressure sangat sampai ‘terdesak untuk berjaya’.

Bookmark and Share

Unpaid leave for 1 month

aaahhhh….5/8 hari tuh dah ambik keputusan nak cuti 1 bulan tanpa gaji untuk menjaga anak2 yg sakit. Mr Gurdarsan agak risau, takut i terus berenti kerja…(hehee…takderla sampai macam tuh Mr Gurdarsan)

Batrisyia yang sangat ’sakit’ sebenarnya. since 2 days before her birthday, dier macam murung, aasyik termenung, menangis kuat2, tak bermaya…macam ader yg tak kene!Si ain cakap dier depressed..i dont know!

So, ambik keputusan untuk cuti, dan jaga sendiri anak2, pulihkan balik kesihatan anak2 nih and nak buat diorang happy.

First week and second week nih, plan nak balik ipoh. ca suka balik ipoh nampaknya!dier happy sebab boleh pergi tadika inaz and bermain2. nik pun takder minggu nih sebab ke US, so oklah tuh.

Third week, duduk kat rumah ajer. tapi later that week akan fly ke kelantan balik hometown mak nik. sebab..abang kepada mak nik buat kenduri seblum puasa.

Fourth week, plan nak melancong!kat maner?..rahsia.jeng!jeng!jeng!kalau jadi nanti i tulis lagi kisah die..

harap2nyer dah cuti sebulan nih, batriysia akan aktif macam dulu and daniel berenti dari penyakit batuk tuh…

Bookmark and Share